Aug 28, 2010

3R ; Remaja Raikan Ramadhan program

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kelab Remaja JIM Ampang Jaya kembali lagi untuk mengajak adik-adik bersama-sama mengejar Lailatul Qadr dalam program….. 

 
3R :Remaja Raikan Ramadhan
 
 
Tarikh   :    4 & 5 September 2010 (Sabtu & Ahad)
 
Masa   :    4.00 ptg- 1.00 tgh
 
Tempat   :    Masjid Al Mardhiyah, Taman Melawati

Best!… best!  bukan sahaja dapat pahala dari Allah, dapat pulak hadiah…

Apa ada di 3R?...


Sabtu 4 September 2010
4.00ptg
Pendaftaran
4.30ptg
Solat Asar
5.00ptg
Defrost
6.30ptg
Persiapan diri
7.30mlm
Ifthar / Solat Maghrib / Kuliah Maghrib
8.30mlm
Solat Isya’ / Tarawikh / Moreh
11.00mlm
Tadarus
11.30mlm
Al Kisah Lailatul Ramadhan
12.30mlm
Gelombang Theta
Ahad 5 September 2010
4.00pagi
Qiamullail
5.30pagi
Sahur & Solat Subuh
6.30pagi
Kuliah Subuh
7.30pagi
Persiapan diri
9.30pagi
Mencari Lailatul Qadr
10.30pagi
Agenda Bertindak! : I love Lailatul Qadr
12.00tgh
Refleksi
1.00tgh
Bersurai

Kena bawa apa ek?

Duit Yuran : RM10 sorang
Pakaian solat
Pakaian kasual untuk 2H 1M
Peralatan tidur
Peralatan mandi
Al Quran
Pen dan Buku nota


Sila hubungi  ....

Abang Umayr  - 012-7095715
Kak Sila   - 013 2047408

Jom!!!.....
 
 

Brochure dan poster disertakan....

Aug 27, 2010

Hari Al-Quds Sedunia 2010

SAMBUTAN HARI
AL-QUDS SEDUNIA 2010
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
(SHAQS 2010)

8-31/8/2010


GAZA WALK!!!
28/8/2010
3:00ptg-7:00ptg
di Bazaar Ramadhan Terpilih Seluruh Negeri Selangor
Edaran Flyers Hari AlQuds Sedunia 2010
Kutipan Sumbangan untuk anak yatim & keluarga miskin Palestin
Hubungi Wakil Aqsa Syarif Daerah masing-masing



RAMADHAN DI AMBANG MERDEKA!!!
30/8/2010
6:00ptg - 12:00mlm
di MASJID NEGERI, SHAH ALAM
Perasmian oleh MB Selangor (wakil)
Forum Kemerdekaan bersama Hidayah Centre
Aku Anak Merdeka oleh Raudatus Sakinah
Palestine Will Be Free Abu Ubada (wakli Palestin)
Persembahan nasyid Kumpulan Soff One
Persembahan Multimedia


Semua di jemput hadir bersama keluarga & sahabat handai

www.harialqudssedunia.com



Freedom For Palestine!!!

Zun Arif Hakim
Pengarah
SHAQS 2010
www.harialqudssedunia.com
H/P 017-366 7126

Terbaru di facebook Aqsa Syarif : Faizal Tahir Ajak Selebriti Menderma Untuk Anak Palestin

maklumat lanjut di facebook; http://www.facebook.com/aqsa.syarif?ref=ts


by Aqsa Syarif on Friday, August 27, 2010 at 12:00a.m

Faizal Tahir (kiri) bersama Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus ketika berkunjung ke Lubnan sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin oleh TV3 pada 12 Ogos lalu selama enam hari. - Foto TV3

DUTA Kempen Bebaskan Bumi Palestin TV3, Faizal Tahir mengajak setiap selebriti untuk menderma sebanyak RM170 sebulan kepada seorang anak angkat dari Gaza.

Derma tersebut merangkumi perbelanjaan harian termasuk makan dan minum anak-anak itu.

Program tersebut dianjurkan dan diuruskan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad yang mempunyai hubungan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara itu.

Penyanyi dan komposer itu berkata, selebriti dan sesiapa sahaja hanya perlu melayari laman web www.aqsasyarif.com untuk mendapatkan borang permohonan pengambilan anak angkat itu.

Bagaimanapun, mereka tidak boleh memilih latar belakang atau fizikal anak angkat tersebut sebaliknya akan ditentukan oleh pihak Aqsa Syarif sendiri.

“Saya rasa program anak angkat ini perlu dimulakan di kalangan selebriti kerana selepas itu baru ia akan menjadi ikutan orang lain. Saya mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan mesej kepada semua orang termasuk public figure.

“Jika mereka tidak mahu membiayai anak angkat itu selama-lamanya, sekurang-kurangnya dalam setahun pun sudah mencukupi.

“Pada saya, elemen hiburan merupakan senjata yang paling berkuasa untuk melakukan kerja-kerja seperti ini sebab apa yang dilakukan oleh seseorang selebriti itu akan menjadi ikutan.

"Saya rasa bertuah dapat melakukan kerja-kerja seperti ini walaupun ia bukanlah suatu perkara yang baru,” ujarnya dalam satu sidang media di Sri Pentas TV3, Rabu.

Antara anak-anak pelarian Palestin yang menunggu sumbangan yang diberikan dengan penuh gembira dan teruja.     

Walaupun setiap selebriti tidak boleh menjaga anak angkat masing-masing, tetapi mereka dibenarkan melawat selang beberapa bulan sekali.

Setakat ini Aqsa Syarif telah menerima 50 permohonan pengambilan anak angkat dari luar Palestin manakala 320 orang di dalam Palestin sejak program itu dilaksanakan kurang empat bulan lalu.

Setakat ini, Faizal baru sahaja mengeluarkan idea tentang program pengambilan anak angkat melibatkan selebriti itu kepada pihak TV3 dan akan berbincang mengenainya kemudian.

Pada 12 Ogos hingga 18 Ogos lalu, Faizal dan kru TV3 berkampung di Lubnan untuk melihat sendiri penderitaan dan kehidupan yang dilalui oleh pelarian Palestin.

Misi mereka ke sana juga dilakukan bagi menjayakan rakaman tiga episod khasBersamamu: Bebaskan Bumi Palestin yang akan bersiaran pada 25 Ogos, 1 September dan 8 September ini, pukul 9.30 malam.

“Setelah empat tahun bergelar penyanyi, kali ini baru saya rasakan yang tugas saya tidak tertumpu kepada nyanyian semata-mata.

"Saya harap apa saya lakukan ini menjadi contoh kepada selebriti lain kerana saya sanggup tinggalkan kerja, keluarga dan negara demi menjayakan misi ini.

“Insya-Allah, pada hujung tahun ini saya akan pergi ke sana lagi. Saya berharap untuk memberi didikan tentang pengetahuan komputer, bahasa Inggeris dan perubatan kepada mereka,” katanya penuh bersemangat.

Setelah menjejakkan kaki di Lubnan, Faizal berasa insaf selepas melihat kehidupan pelarian Palestin yang hidup serba kekurangan.

Faizal sempat mengunjungi Kem Pelarian Sabra Shatila dan Kem Pelarian Barajneh di Beirut, Kem pelarian Beddewi di Utara Lubnan dan Kem Pelarian Tyre di Selatan Lubnan.

Credit to: http://www.mstar.com.my/

Aug 24, 2010

Kelahiran Bisikan Mujahadah

 Hari ini bersamaan dengan 24 hb Ogos 2010, blog ini berjaya dilancarkan. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi yang mempermudah segala urusan.



Jadi produk apa yang kami ada untuk ditawarkan kepada anda..?

 InshaAllah tidak lama lagi kami bakal melancarkan produk-produk berkualiti edisi terhad yang jarang-jarang ditemui menjelang hujung minggu ini. Nantikan ketibaannya....

Haluan Palestine