Perniagaan dan blog kami ini telah diinspirasikan atas kesedaran kami untuk membantu dan menyeru masyarakat supaya bersama-sama menentang jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh negara haram Israel laknatullah serta disokong sekutu-sekutunya selama melebihi setengah abad.
Selain itu, kami juga menggalakkan umum untuk turut serta memainkan peranan dalam memulaukan barangan hasil Amerika Syarikat dan negara haram Israel. Antara usaha yang kami lakukan adalah dengan melancarkan kempen memboikot produk-produk yang dinyatakan tadi dan mengedarkan risalah serta iklan-iklan bagi memupuk kesedaran orang ramai tentang isu ini. Tiga fokus utama kami adalah :
Objektif Bisikan Mujahadah Sdn Bhd.
1. Menanam benih kesedaran dalam masyarakat tanpa mengira muslim atau bukan muslim berkaitan dengan krisis kemanusiaan ini.
2. Melancarkan kempen boikot barangan Israel, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.
3. Menimba pengalaman dan mendapatkan ilmu pengetahuan dalam selok-belok keusahawanan/perniagaan serta melakukan inovasi di dalam bidang tersebut.
Kami mempunyai beberapa siri produk islamik terhad, nantikan kemunculannya tidak lama lagi. Sebahagian daripada hasil keuntungan perniagaan kami iaitu sebanyak 15 peratus akan disumbangkan kepada organisasi Aqsa Syarif untuk menyokong usaha-usaha kemanusiaan yang giat dilakukan badan tersebut untuk membantu rakyat negara tertindas, Palestin.
